Home Politik Mahfuz ‘berkecuali’ masuk mana-mana parti

Mahfuz ‘berkecuali’ masuk mana-mana parti

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mengambil sikap berkecuali untuk menyertai mana-mana parti pada masa ini selepas mengumumkan keluar daripada PAS hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu ketika dihubungi MalaysiaGazette berkata, beliau masih memerlukan ‘tempoh bertenang’ sebelum memutuskan untuk menyertai mana-mana parti politik.

“Tiada kalau untuk masuk mana-mana parti, sekarang masih dalam tempoh bertenang.

“Sekarang ini saya banyak membuat perjumpaan dengan kawan-kawan ahli Pas, terutama dalam kawasan (Pokok Sena),” katanya.

Mahfuz hari ini dalam satu kenyataan memberitahu pemberhentiannya sebagai ahli Pas.

Tindakan itu menurutnya, berikutan langkah yang diambil oleh kepimpinan parti yang tidak lagi selari dengan perjuangan Islam seperti sebelum ini.

Mahfuz sering kali dilihat tidak senada dengan kepimpinan Pas semenjak memutuskan hubungan dengan DAP yang kemudian tidak menyertai pembentukan Pakatan Harapan. – MalaysiaGazette

Comments are closed.