Datuk Mahfuz Omar
Datuk Mahfuz Omar

KUALA LUMPUR – Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar hari ini mengumumkan keluar Pas setelah 34 tahun bersama parti itu.

Pengumuman yang dibuat menerusi secara langsung di Facebook Amanah Negeri Kedah itu berkuatkuasa pada pukul 11.59 malam ini (31 Disember 2017).

Menurut Mahfuz, buat masa ini beliau belum memutuskan untuk menyertai mana-mana parti politik.

Mahfuz yang merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena selama dua penggal menjadi ahli Pas sejak 12 Mac 1984. – MalaysiaGazette