Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man nyata tidak terkejut dengan tindakan bekas Naib Presiden Pas itu, Datuk Mahfuz Omar yang bertindak keluar parti.

Ujarnya, ‘Harumanis’ akan jatuh sendiri ke tanah apabila tidak dipedulikan pemiliknya.

“Harumanis bila dah busuk, dia jatuh sendiri dan pada waktu itu sekupang pun orang tak tak mahu beli,” katanya dalam Facebook rasmi beliau.

‘Harumanis’ mula digunakan oleh Pas terhadap ahli-ahlinya yang bertindak keluar parti dan menyertai Parti Amanah Negara (PAN) yang sinomin dengan warga jingga.

Semalam, Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengumumkan untuk meninggalkan PAS selepas lebih 20 tahun berada dalam parti itu.

Berdasarkan isi kandungan surat kepada Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan, Mahfuz berkata, pemberhentian sebagai ahli PAS berkuat kuasa 11.59 malam pada Ahad.

Bagaimanapun, Mahfuz berkata, beliau belum memutuskan parti mana yang akan disertainya.

“Jangan jadi seperti ayam betina, bila bertelor dia sendiri terkejut dengan telornya, riuh sekampung. Namun tiada siapa pun peduli kecuali jenis ayam juga,” jelas Tuan Ibrahim lagi. -MalaysiaGazette

 

http://malaysiagazette.com/blog/2017/12/31/mahfuz-berkecuali-masuk-mana-mana-parti/

1 Komen

Comments are closed.