Raja Abdullah

AMMAN – Istana Jordan memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang menyebarkan fitnah terhadap keluarga diraja.

Kenyataan itu dibuat beberapa hari selepas Raja Abdullah mengeluarkan saudara-saudara lelakinya daripada jawatan teratas tentera.

Raja Jordan, yang merupakan sekutu Amerika Syarikat memberitahu pada Selasa lalu, Putera Ali dan Putera Faisal dan sepupunya Putera Talal – yang semuanya mempunyai kedudukan tentera yang tinggi – akan bersara dari angkatan bersenjata.

Beliau berkata, langkah itu adalah sebahagian daripada penyusunan semula hierarki dan struktur angkatan bersenjata.

Putera Faisal adalah ketua tentera udara dan timbalan ketua kakitangan, sementara Putera Ali selama bertahun-tahun bertanggungjawab terhadap pengawal kerajaan yang memberi perlindungan kepada Raja Jordan.

Kenyataan istana berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan pembohongan dan berita palsu dalam media sosial dan laman web.

“Berita-berita palsu yang disebarkan baru-baru ini bertujuan untuk melemahkan Jordan dan institusinya,” kata kenyataan itu. – MalaysiaGazette