Mohamed Salah.

KAHERAH – Penyerang Mesir, Mohamed Salah menapati ramalan apabila dinobatkan Pemain Terbaik Arab 2017 dalam undian yang membabitkan sekitar 100 wartawan sukan daripada beberapa negara Arab di sini semalam.

Salah kini menampilkan aksi luar biasa bersama Liverpool sejak tiba dari AS Roma selepas menjaringkan 17 gol dalam kempen Liga Perdana Inggeris musim ini dan 23 dalam semua kejohanan.

Pemain berusia 25 tahun itu juga membantu Mesir layak ke pusingan akhir Piala Dunia tahun ini di Rusia.

Pemain sayap Syria, Omar Khribin yang bermain bersama kelab Al-Hilal di Arab Saudi berada di tangga kedua manakala rakan senegaranya, Omar Al-Soma yang beraksi bersama kelab Al Ahli juga dari Arab Saudi, ketiga.

Salah juga menjadi calon pilihan untuk memenangi anugerah Pemain Terbaik Afrika yang akan diumumkan di ibu negara Ghana, Accra hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast