Arsene Wenger.
Arsene Wenger.

LONDON – Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) mendakwa Arsene Wenger gara-gara bersemuka dengan pengadil selepas perlawanan bertemu West Brom Ahad lalu.

Pengurus Arsenal itu tidak berpuas hati dengan pengadil Mike Dean yang memberi sepakan penalti kepada West Brom pada minit terakhir permainan, sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri 1-1.

FA memberi tempoh kepada Wenger sehingga Jumaat ini untuk menjawab dakwaan itu.

“Pengurus Arsenal Arsene Wenger didakwa berkaitan dengan perlawanan di antara West Bromwich Albion pada Ahad lalu.

“Ia berkaitan dengan tuduhan penggunaa bahasa/kelakuan di bilik pegawai perlawanan selepas tidak berpuas hati mengenai integriti pengadil,” jelas FA dalam satu kenyataan.

Selepas perlawanan, Wenger meluahkan rasa tidak puas hati mengenai tindakan pengadil tersebut.

“Keputusan yang sangat mengecewakan dan selalu kebetulan berlaku kepada saya. Inilah sebabnya saya tidak gembira dengan tindakan pengadil yang memberi penalti,” jelas Wenger. – MalaysiaGazette