Donald J. Trump

WANGSHINTON- White House mempertahankan tindakan Donald Trump yang membuat posting Twitter berhubung saiz butang nuklearnya dengan mengatakan rakyat Amerika Syarikat (AS) sepatutnya bimbang mengenai kesihatan mental pemimpin Korea Selatan, Kim Jong Un dan bukannya presiden mereka.

Pada Selasa, Trump memberi maklum balas kepada ucapan tahun baharu yang mana Kim memberi amaran bahawa beliau mempunyai butang nuklear di mejanya dengan mengatakan “butang yang dimilikinya lebih besar dan berkuasa daripada Kim”.

Provokasi tersebut mencetuskan kritikan hebat terutamanya daripada pembangkang dan bekas Naib Presiden, Joe Biden yang menggelarkannya sebagai sesuatu yang bahaya.

Ketika ditanya sama ada rakyat AS perlu bimbang terhadap tahap kesihatan presiden mereka yang bercakap lepas mengenai ancaman nuklear, jurucakap White House, Sara Sanders dalam satu taklimat media berkata:

“Presiden dan semua rakyat negara ini perlu bimbang terhadap tahap kesihatan mental pemimpin Korea Utara.

“Beliau kerap mengulang-ulang ancaman dan telah berkali-kali melakukan ujian peluru berpandu sejak bertahun-tahun lalu,” katanya.-MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast