Home Dunia 18 maut, lebih 200 cedera keretapi rempuh trak

18 maut, lebih 200 cedera keretapi rempuh trak

Keadaan koc-koc keretapi selepas merempuh sebuah trak hingga menyebabkan 18 kematian dan lebih 200 orang penumpang cedera. foto Agensi

CAPE TOWN – Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dan 268 lagi cedera apabila sebuah keretapi penumpang terbakar di Afrika Selatan selepas merempuh sebuah trak.

Tragedi itu turut menyebabkan beberapa mayat rentung, kata jurucakap Jabatan Kesihatan Negeri, Mondli Mvambi.

Rakaman video menunjukkan berlaku meletup daripada sekurang-kurangnya satu kereta, selain ada trak terbalik.

Sebahagian penumpang yang berjaya diselamatkan berdiri di tepi jalan dengan bagasi.

Seorang saksi memberitahu, kemalangan yang berlaku berhampiran bandar Kroonstad di wilayah Free State selepas sebuah trak gagal berhenti di persimpangan.

Para penumpang yang cedera adalah daripada dua koc keretapi yang pertama.

Pasukan bantuan kecemasan yang bergegas di tempat kejadian bertungkus-lumus memadam kebakaran pada keretapi yang dalam perjalanan dari bandar Port Elizabeth ke Johannesburg.

Angka kematian dijangka meningkat. – MalaysiaGazette