JAKARTA – Rupa-rupanya ramai Menteri Indonesia turut memiliki berbakat dalam bidang muzik selain minat dalam politik dan pentadbiran.
Buktinya apabila mereka menubuhkan band dengan nama Elek Yo Band.
Elek Yo Band dibarisi tiga vokalis terdiri tiga menteri iaitu Menteri Luar Negeri, Retno Marsudi; Menteri Kewangan, Sri Mulyani dan Ketua Staf Kepresidenan, Teten Masduki.
Ahli band lain adalah Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat Basuki Hadimuljono (dram), Ketua badan Ekonomi Kreatif Triawan Munaf (papan nada), manakala Menteri Tenaga Kerja Hanif Dhakiri dan Menteri Perhubungan Budi Karya Sumadi pula bermain gitar akustik.
Kemunculan band itu turut menarik perhatian Presiden Joko Widodo turut ketika merasmikan mesyuarat dwitahunan di Istana Negara, Jakarta semalam.
“Saya hargai penubuhan kumpulan muzik Elek Yo Band, buruk ya biar (tak mengapa),” kata Jokowi, mengundang ketawa menteri dan ketua agensi kerajaan yang hadir.
‘Elek’ adalah perkataan daripada dialek Jawa yang bermaksud ‘jelek’.
Walaupun ‘jelek’, band tersebut diberi tanggungjawab mengadakan persembahan ketika majlis resepsi anak Setiausaha Negara, Pratikno, di Yogyakarta pada Sabtu lalu, yang turut dihadiri Jokowi.
Ketika itu, mereka mempersembahkan lagu bertajuk Bento nyanyian asal penyanyi terkenal republik itu, Iwan Fals. – MalaysiaGazette
















