Para perwakilan memberi sorakan semangat dengan melaungkan "Pakatan Harapan" pada Konvensyen Pakatan Harapan di IDCC Shah Alam, Selangor. foto IMRAN FAKHRI, 07 JANUARI 2018.

SHAH ALAM – Konvensyen Pakatan Harapan (PH) hari ini memutuskan parti paling muda dalam gabungan mereka, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan bertanding kerusi Parlimen paling banyak dalam PRU-14.

Membacakan kenyataan muafakat Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, PPBM akan bertanding di 52 kerusi, PKR (51), DAP (35) manakala Parti Amanah Negara (PAN) paling sedikit iaitu 27 kerusi.

“Sebagak persiapan PH menghadapi dan memenangi PRU-14, kami telah memutuskan pengagihan kerusi-kerusi kawasan Parlimen bagi Semenanjung iaitu 165 kerusi,” menurutnya.

Konvensyen itu diadakan di Ideal Convention Centre (IDCC) disini hari ini.

Bagaimanapun muafakat yang dibentuk itu tidak menyatakan pembahagian kerusi bagi Sabah dan Sarawak. -MalaysiaGazette