Kim Jong-un dan Donald Trump

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bersikap terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jon-un.

Trump yang sebelum ini memarahi ketua diplomatnya kerana bercakap mengenai rundingan dengan Korea Utara memberitahu pemberita di Kem David, dialog atau perbualan terus dengan Jon-un bukan sesuatu yang mustahil.

“Pasti, saya selalu percaya dengan perbincangan.

“Sudah tentu saya mahu melakukannya dan tidak mempunyai masalah untuk melakukannya,” katanya sambil segera menambah bahawa sebarang rundingan mesti disertakan dengan syarat,” katanya.

Bagaimanapun, Trump tidak menyatakan syarat tersebut secara terperinci.

Rundingan rasmi di antara Korea Utara dan Selatan dalam tempoh dua tahun akan diadakan pada Selasa ini apabila kedua-dua musuh itu berusaha untuk mencari jalan bagi menjayakan Olimpik musim sejuk di Korea Selatan dan sekali gus memperbaiki hubungan mereka.

“Sekarang mereka sedang berbincang mengenai Olimpik. Ini adalah satu permulaan yang besar,” kata Trump.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast