Hamidah Osman

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM), Datuk Hamidah Osman berpendapat Datuk Seri Mohamed Azmin Ali lebih wajar menjadi calon Perdana Menteri.

“Kalau tanya saya siapa patut jadi calon PM, jawab saya Azmin! baru steady, orang muda,” ujarnya dalam status media sosialnya hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pemilihan Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon PM bagi Pakatan Harapan (PH) dalam Konvensyen PH baru-baru ini.

Beliau juga mempertikaikan keputusan PH yang mengekalkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri selepas Mahathir melepaskan jawatan dan memberinya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tun M jadi PM, Kak Wan jadi TPM. Lepas tu lepaskan Anwar dan Anwar jadi PM Kak Wan kekal TPM? Negara ini siapa yang punya sebenarnya?” soalnya lagi.

Malah kesediaan Tun M menjadi PM dengan syarat melepaskan Anwar juga dipertikaikannya sama ada itu agenda rakyat atau tidak.- MalaysiaGazette