Naby Keita.

LONDON – Liverpool kini sedang mempertimbang untuk mendapatkan penyerang kelab RB Leipzig, Naby Keita selepas kehilangan Philippe Coutinho.

Musim panas lalu, The Reds membayar £57 juta untuk pemain tengah dari Senegal itu dan dia kini kekal sebagai pinjaman di Leipzig yang merupakan sebahagian daripada perjanjian itu.

Bagaimanapun, Liverpool perlu membayar sejumlah bayaran pampasan tambahan untuk membawa Keita ke Anfield.

Ia berikutan senario terkini selepas Coutinho berhijrah ke Barcelona.

Leipzig tidak berminat untuk melepaskan Keita ketika ini kerana mereka berdepan cabarann getir pada musim ini.

Mereka kekal di Liga Europa dan menolak kelayakan Liga Juara-Juara.

Jika gagal pada bulan ini, Liverpool perlu menunggu sehingga 1 Julai ini apabila Keita secara rasmi boleh menyertainya. – MalaysiaGazette