NEW YORK – Pengacara terkenal, Oprah Winfrey mungkin akan menjadi pencabar Donald Trump untuk bertanding bagi jawatan Presiden.

Winfrey dikatakan sedang mempertimbangkan keputusan selepas digesa pelbagai pihak untuk bertanding selepas memberi ucapan bersemangat pada majlis anugerah Golden Globes.

Rata-rata ahli Demokrat mengakui Winfrey lebih baik berbanding Trump.

Malah, ahli Republikan sendiri mengatakan beliau adalah pesaing yang lebih kuat berbanding Presiden bintang realiti itu.

Dalam satu temu bual kira-kira 20 tahun lalu, Trump sendiri pernah menamakan Winfrey sebagai Naib Presiden pilihannya.

Rumah Putih turut mengulas mengatakan cabaran itu dialu-alukan tidak kira Winfrey atau sesiapa saja. Bagaimanapun, Winfrey menafikan spekulasi itu.

Agensi berita CNN yang memetik dua sumber disifatkan sebagai ‘rakan rapat’ memaklumkan Winfrey sedang mempertimbangkan untuk bertanding jawatan Presiden.

Katanya, rakan lamanya mencadangkan beliau boleh dipujuk untuk berbuat demikian. -MalaysiaGazette