KUALA LUMPUR – Beberapa kenyataan ‘pedas’ anak mendiang Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo berhubung pendirian Pakatan Harapan (PH) mencalonkan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri menjadi bualan ramai sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, kenyataan di laman sosial Facebook Sangeet kini  sudah ‘dipadamkan’.

Sangget yang sejak kebelakangan ini lantang bersuara melahirkan rasa tidak senang hati dengan tindak tanduk DAP yang seolah-olah sudah ‘lupa diri’ dengan menerima Mahathir sebagai calon Perdana Menteri seandainya pembangkang menang PRU-14 di laman sosial.

Pendirian Sangget sebelum ini mendapat sokongan daripada pelbagai pihak termasuk daripada abangnya sendiri, Ram Karpal Singh yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor.

Tinjauan Malaysia Gazette juga mendapati, ramai netizen melahirkan sokongan serta bersetuju dengan tindakan Sangget yang juga dilihat berpendirian tegas seperti bapanya.

Menurut Ram Karpal, tidak ada salahnya untuk Sangget  mengeluarkan pendapat walaupun mendapat kritikan kerana beliau sendiri turut berpendapat mengapa DAP menerima semula Mahathir.

Kelmarin, Sangget mengkritik langkah melantik Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara hanya akan memperkenalkan semula kelahiran Mahathirism yang pernah ‘menganiayai’ pemimpin pembangkang ketika era pemerintahannya.

Sangeet secara sinis mendakwa dengan meletakkan Mahathir sebagai Perdana Menteri juga seolah-olah menunjukkan PH seperti tidak mempunyai calon lain untuk jawatan tersebut.

Sebelum ini, beliau juga turut mempersoal rasional bagaimana partinya boleh menerima semula Mahathir yang juga dalang menyumbat segelintir pemimpin pembangkang termasuk bapanya, Lim Kit Siang serta Lim Guan Eng ketika Ops Lalang pada 1987.

Malah beliau turut memuat naik keratan akhbar  The Star pada 1987 pada 27 Oktober tahun lepas bagi mengingati insiden ‘Ops Lalang’ 30 tahun lepas oleh Mahathir yang ketika itu menjadi Perdana Menteri.

Namun demikian, sejurus selepas kenyataan Sangget menjadi perhatian dan kritikan, dengan segera Setiausaha Agung DAP, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menyangkal tuduhan tersebut sebaliknya menyakinkan umum keseluruhan warga DAP menerima Mahathir.

Jelas Guan Eng, bantahan Sangeet tidak akan memberi kesan besar kerana majoriti ahli DAP kini menyokong Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri sementara.

Keratan akhbar The Star pada 1987 yang telah dimuat naik oleh Sangget Kaur pada 27 Oktober tahun lepas bagi mengingati ‘Ops Lalng’ 30 tahun lepas.

1 Komen

  1. kalau ikut sifat dendam memanglah betul pendirian itu. tapi dendam itu antara beberapa penyakit hati. maknusia yang berpenyakit ini menjadikan otaknya tidak waras. hidupnya tertekan dan hatinya bertambah sakit. bolih merosakan orang lain dengan pengaruhnya

Comments are closed.