Naby Keita.

LONDON – Liverpool kini boleh tersenyum lebar apabila mendapat khabar gembira untuk membawa Naby Keita ke Anfield lebih awal.

Ini kerana menurut laporan Echo Liverpool, RB Leipzig mula berkompromi mengenai pendirian terhadap pemain muda itu.

Namun Liverpool diberikan syarat dengan perlu membayar RB Leipzig sekurang-kurangnya £13 juta (RM70 juta).

Pada Ogos lalu, The Reds bersetuju mengenai perjanjian membabitkan tambahan £50 juta (RM270 juta) yang akan menyaksikan Keita menghabiskan semusim lagi dalam Bundesliga sebelum berpindah ke Anfield pada musim panas.

The Reds telah pun menandatangani kontrak bersama Keita dan pemain berkenaan akan tiba pada musim panas depan.

Bagaimanapun penghijrahan Philippe Coutinho ke Barcelona membuatkan ​​pengurus Jurgen Klopp terpaksa mencari pemain baharu di bahagian serangan. – MalaysiaGazette