LIVERPOOL – Pasukan Liverpool berjaya menamatkan rekod tanpa kalah dengan Manchester City apabila melakar kemenangan 4-3 dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Anfield, malam tadi.

Gol permulaan pasukan itu diperoleh menerusi tendangan Alex Oxlade Chamberlain seawal minit ke sembilan namun jaringan pendahuluan itu dipntas City pada minit ke 40 menerusi jaringan Leroy Sane.

Tiga gol lagi diperoleh Liverpool menerusi babak kedua, lapor laman portal telegraph.co.uk.

Roberto Firmino memulakan pesta tiga gol Liverpool menerusi jaringannya minit ke-59 sebelum Sadio Mane menambah derita City dengan gol minit ke-61.

Keputusan itu menyaksikan City berada di kedudukan teratas liga kekal dengan kelebihan 15 mata di depan penghuni tangga kedua, Manchester United.

Namun, United berpeluang untuk merapatkan jurang itu andai berjaya meraih tiga mata apabila menentang Stoke City awal pagi Selasa ini. – MalaysiaGazette