Home Ekonomi Permintaan ringgit di Singapura susut

Permintaan ringgit di Singapura susut

Gambar hiasan

SINGAPURA – Peningkatan ringgit berbanding dolar Singapura menyebabkan permintaan untuk mata wang Malaysia itu menjunam di beberapa pusat pertukaran mata wang di sini.

Mohamed Rafeeq, pemilik Clifford Gems & Money Exchange di pusat beli-belah Raffles City berkata, jualan ringgit jatuh kira-kira 30 peratus berbanding tiga bulan lalu.

“Ringgit semakin mengukuh, jadi orang ramai tidak mahu membelinya…Saya berharap keadaan semakin baik,” kata Rafeeq.

Prestasi dagangan kukuh dan peningkatan harga minyak telah membantu melonjakkan ringgit setelah begitu lama jatuh.

Barakath Ali, naib presiden pertama Persatuan Pertukaran Wang (Singapura) berkata: “Kami menjangkakan ringgit, sama ada akan terus meningkat atau mengekalkan tahap sekarang hingga pilihan raya Malaysia.”

Pilihan raya umum mesti diadakan pada bulan Ogos.

Ringgit didagangkan pada RM2.99 berbanding dollar Singapura semalam selepas 14 bulan melebihi RM3.

Pedagang, Danny Lee, yang pergi ke Johor Baru sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk makan, membeli-belah dan berurut berkata, pengukuhan ringgit akan menyebabkan beliau mengurangkan bilangan perjalanan.

“Jika ringgit terus meningkat, maka ia tidak akan berbaloi dengan jumlah masa dan wang yang diperlukan untuk perjalanan ke Johor Baru untuk makanan dan belanja,” kata Lee, 53.

Bagaimanapun, tidak semua orang merasakannya kesan peningkatan ringgi.

Seorang warga Malaysia, Evelina Tan, yang bekerja di Singapura berkata, pengukuhan ringgit telah memberi sedikit kesan kepadanya.

“Ia tidak memberi impak kepada saya dengan apa cara sekali pun kerana, selepas itu, kadar penukaran masih tinggi,” katanya yang bekerja sebagai penganalisis IT.

“Walaupun ia jatuh kepada RM2.50 setiap S$1, ia masih kadar yang baik. Saya banyak berjimat dan hidup dengan selesa.”

Nilai ringgit kekal tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat berikutan minat tinggi belian dalam mata wang tempatan itu.

Barakath, yang juga mengendalikan kedai pertukaran wang di Sim Lim Square berkata, perniagaannya merosot pada hari ini tetapi ia disebabkan oleh cuti pasca-Krismas dan Tahun Baru.

Walaupun ringgit lebih mahal bagi mereka yang memegang Singdollars, sesetengah orang masih melihat keperluan untuk melakukan pertukaran.

Kakitangan pedagang pertukaran asing di Arcade Plaza berkata, perniagaan ringgit tidak jatuh kerana Tahun Baru Cina bakal menjelang. – MalaysiaGazette