SC
Suruhanjaya Sekuriti

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti (SC) berkata sehingga 17 Jan tahun ini, terdapat hanya tujuh syarikat dengan kesemua ahli lembaga pengarahnya lelaki daripada 100 syarikat terkemuka, atau peningkatan sebanyak 65 peratus berbanding 20 syarikat sehingga 31 Dis, 2016.

Pada pelancaran Kod Bagi Tadbir Urusan Korporat Malaysia (MCCG) pada April tahun lepas, SC menetapkan sasaran tiada lagi semua ahli lembaga pengarah lelaki di 100 syarikat utama pada akhir 2018.

“Tujuh lagi syarikat itu ialah Affin Holdings Bhd, Alliance Bank Bhd, Batu Kawan Bhd, Fraser & Neave Holdings Bhd, Genting Plantations Bhd, Genting Malaysia Bhd, dan UOA Development Bhd,” kata SC idalam satu kenyataan hari ini.

SC dan 30 peratus Club Malaysia aktif terlibat dengan dengan syarikat-syarikat ini.

SC memahami bahawa sesetengah syarikat ini mengambil langkah untuk mengenal pasti calon yang sesuai bagi melantik wanita sebagai ahli lembaga pengarah mereka.-BERNAMA