BNM
Bangunan Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR- Tindakan Bank Negara Malaysia menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) memberi manfaat kepada penyimpan deposit tetap kerana kadar pulangan sebenar deposit akan kembali positif.

Menurut Maybank Investment Bank Research, kadar inflasi bagi tahun 2017 dalah 3.7 peratus berbanding 2.1 peratus tahun lalu manakala kadar inflasi utama berada pada paras 2.4 peratus (2016: 2.4 peratus).

Katanya, Bank Negara meramalkan kadar inflasi akan menyederhana pada 2018 iaitu pada kadar 2.5 peratus sehingga 3.5 peratus dengan jangkaan terdapat kesan kecil daripada faktor kos global walaupun bank pusat itu sedar mengenai peranan harga minyak mentah dunia di dalam mempengaruhi inflasi.

Pasukan Ekonomi Maybank Kim Eng pula menjangkakan kadar inflasi 2018 berada pada paras 2.5 peratus sehingga 3.0 peratus.-MalaysiaGazette