Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali

KUALA LUMPUR – Polis merakam kenyataan isteri bekas perdana menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali selama sejam hari ini berhubung satu himpunan haram tahun lalu.

Siti Hasmah pada 10 September lalu memberikan ucapan semasa ‘Wanita Bantah Politik Toksik’ di ibu negara.

Kenyataan beliau diambil oleh dua anggota polis di bangunan Yayasan Al-Bukhary pada 9 pagi tadi dan suaminya, Mahathir dan anak mereka, Datuk Marina Mahathir.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman.

Polis menyediakan sebanyak 12 soalan, beberapa daripadanya berkaitan dengan ucapannya di himpunan itu. – MalaysiaGazette