Tariq Ramadan

PARIS – Seorang cendekiawan Islam, Tariq Ramadan berdepan dengan dua tuduhan merogol.

Tariq, 55, telah disoal siasat oleh polis Paris awal minggu ini dan kini ditahan reman.

Dia menafikan dakwaan tersebut dan menyaman salah seorang yang membuat tuduhan tersebut yang merupakan seorang bekas radikal Islam kerana memfitnahnya.

Tariq mengajar di Oxford University tetapi mengambil cuti selepas dakwaan itu dibuat pada bulan Oktober lalu.

Majistret kini sedang menyusun kes dan menentukan sama ada Ramadan akan dibicarakan untuk rogol dan serangan.

Tuduhan pertama dibuat oleh Henda Ayari, bekas radikal Islam yang kini mengetuai kumpulan feminis sekular.

Ayari yang menerbitkan sebuah buku pada tahun 2006 menulis pernah dirogol di hotel Paris empat tahun lalu tetapi menamakan penyerang.

Tetapi pada bulan Oktober 2017, Ayari menamakan Ramadan sebagai tertuduh.

Beberapa hari kemudian, seorang lagi wanita yang mendakwa telah memeluk Islam tetapi tidak dikenali mendakwa dirogol oleh Ramadan pada tahun 2009.

Empat wanita Swiss juga menuduh Tariq melakukan seksual semasa mereka masih pelajar di Geneva.

Namun Tariq menyatakan semua tuduhan itu adalah sebahagian daripada kempen oleh musuh-musuhnya.

Seorang tokoh kontroversi dan berpengaruh dalam kalangan ulama Islam, Tariq adalah cucu Hassan al-Banna, imam Mesir yang mengasaskan Ikhwanul Muslimin pada tahun
1920-an.

Tariq pernah mencabar fundamentalis Muslim dan menggalakkan dialog antara agama, tetapi beberapa pengkritik mengatakan beliau mempromosikan versi Islam yang tidak konsisten dengan nilai sekuler Perancis.

Beliau pernah membuat penampilan media di Perancis dan Britain dan merupakan tokoh popular dalam kalangan Muslim muda di Eropah.

Tariq adalah warga negara Switzerland dan sejak 2009 menjadi profesor pengajian Islam kontemporari di St Antony’s College, Oxford.

Beliau juga pernah duduk dalam kumpulan penasihat Pejabat Luar Negeri United Kingdom bagi kebebasan beragama. – MalaysiaGazette