Walaupun Tony Pua telah menyatakan kesediaan untuk berundur sebagai ketua dan menyatakan sokongan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh untuk menggantikannya, tetapi kemelut membabitkan DAP Selangor belum berakhir.

PUTRAJAYA – Pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 12 Nov lepas mematuhi semua syarat yang diarahkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

ROS dalam kenyataannya hari ini berkata keputusan itu adalah berdasarkan rumusan yang diperoleh daripada siasatan ROS.

“ROS bersetuju supaya laporan penuh pelaksanaan pemilihan semula tersebut disimpan oleh firma Grant Thornton mengikut tempoh masa wajar sepertimana keperluan perlembagaan Parti.

“Surat rasmi memaklumkan keputusan Pendaftar Pertubuhan Malaysia akan dikeluarkan pada Isnin (5 Feb),” menurut kenyataan itu.

DAP mengadakan pemilihan semula CEC di Ideal Convention Centre Shah Alam (IDCC) Selangor seperti diarahkan oleh ROS melalui surat bertarikh 21 Sept tahun lepas.- BERNAMA