Home Dunia Anak anjing jadi makanan ular sawa di zoo

Anak anjing jadi makanan ular sawa di zoo

HENAN – Sebuah zoo di utara China akan memastikan anak-anak anjing hidup tidak lagi diberi makan kepada ular sawa.

Jaminan itu diberikan selepas satu video yang merakamkan ular sawa membaham anak-anak anjing tular di media sosial.

Rakaman yang diambil di Zoo Riverside di Pingdingshan, wilayah Henan, menunjukkan anak anjing duduk di dalam bilik berhampiran ular di dalam kotak.

Rakaman itu juga menunjukkan ular-ular sawa lain bersama anjing-anjing yang nampaknya sudah mati.

Kakitangan zoo berkenaan mengesahkan anak-anak anjing menjadi makanan ular sawa di situ tetapi ia bukan polisi rasmi.

Tambahnya, seorang pekerja kontrak di zoo berkenaan yang memberi makan kepada ular-ular sawa itu.

“Kita telah mengarahkannya untuk berhenti membuat demikian,” kata kakitangan itu. – MalaysiaGazette