Riyad Mahrez masih dalam senarai utama Man City menjelang akhir musim ini.

ENGLAND – Manchester City nampaknya tidak mahu berputus asa dalam mendapatkan khidmat Riyad Mahrez selepas gagal Janauri lepas.

Laporan eksklusif The Sun di England mendakwa Pep Guardiola sedang merancang untuk kembali memujuk bintang sayap Leicester City itu akhir musim ini.

Bintang Algeria itu telah mengemukakan permintaannya untuk berhijrah ke Stadium Etihad pada jendela perpindahan musim sejuk Januari lepas namun gagal pada hari terakhir.

The Foxes telah menolak tawaran lumayan berjumlah 65 juta daripada jiran bising Manchester.

Pep kini dilaporkan sedang menyasarkan pemain itu menjelang akhir musim ini dan mahu mencuba sekali lagi untuk mengikat pemain itu Julai tahun ini.

Pep Guardiola enggan menyerah kalah dalam mendapatkan khidmat Mahrez apabila mahu kembali memperbaharui tawaran kepada Leicester City hujung minggu ini.

City mengharapkan Leicester akan membenarkan pemain itu berhijrah ke Etihad setelah mereka mengambil masa secukupnya untuk mencari pengganti Mahrez.

Pegawai atasan di Etihad dikhabarkan sedang merancang rundingan susulan bersama pengurusan the Foxes apabila Leicester bertanding ke Etihad untuk aksi EPL penghujung minggu ini.

Sumber terdekat man City berkata;”Kelab masih membuka pintu untuk mendapatkan Mahrez walaupun usahanya gagal pada Januari lepas.

“Kami bersedia untuk berunding dengan mereka apabila mereka berkunjung ke Etihad pada aksi hujung minggu ini.

“Kita akan menggunakan peluang itu sebaik-baiknya untuk memujuk mereka termasuk agen pemain itu,” kata sumber itu. – MalaysiaGazette