LONDON – Mengejutkan!

Ada satu kajian berhubung tabiat minum teh atau kopi panas boleh meningkatkan risiko kanser esophageal terutamanya jika anda juga seorang kuat meminum arak atau perokok tegar.

Daily Mail melaporkan, kajian itu yang dijalankan di sebuah Universiti di China mendedahkan, para saintis mendapati budaya meminum teh panas sehingga lebih 65 darjah celcius (149F) dikaitkan dengan peningkatan lima kali ganda risiko kanser esophagel.

Ia menjadi lebih membimbangkan apabila digabungkan dengan pengambilan alkohol serta perokok tegar.

Bagaimanapun, pada masa sama, saintis juga tidak menolak kemungkinan dengan golongan yang tidak mengambil minuman keras dan perokok namun lebih banyak kajian sedang dijalankan bagi membuktikan fakta tersebut.

Menurut kajian itu, kecederaan serius yang disebabkan teh panas di lapisan kerongkong atau tekak (gullet) sebenarnya merosakkan keupayaan untuk bertindak sebagai penghalang kepada toksin berbahaya.

Pakar berkata, walaupun hasilnya mungkin membimbangkan namun tidak ada keperluan untuk menghentikan minuman harian kerana kebanyakan orang minum teh atau kopi di bawah 65C, suhu yang nampaknya tidak dapat menyebabkan kanser.

Kajian itu mendedahkan golongan lelaki yang berusia antara 60 hingga 70 tahun berisiko berbanding wanita.

Pada peringkat awal, biasanya tiada sebarang tanda-tanda sehingga ianya menjadi sangat kronik.

Antara simptom kanser  termasuklah kesukaran menelan, gangguan pencernaan atau pedih ulu hati yang berterusan, hilang selera makan dan kehilangan berat badan, atau sakit perut, dada serta belakang.

Rasa pedih ulu hati yang berterusan terhadap golongan perokok dan peminum alkohol tegar, memiliki berat badan berlebihan serta diet pemakanan tidak sihat juga boleh menyebabkan risiko.

China adalah antara negara yang mempunyai statistik kanser oesophageal tertinggi dunia apatah lagi membabitkan golongan cenderung dengan rokok, alkohol serta peminum kopi di negara itu.- MalaysiaGazette