Home Dunia Kekangan masa, Puteri Mako tangguh kahwin

Kekangan masa, Puteri Mako tangguh kahwin

Kei Komuro dan Puteri Mako

TOKYO – Puteri Mako terpaksa menangguhkan perkahwinannya pada tahun 2020 kerana kekangan masa untuk merancang perkahwinannya, kata laporan media.

Kenyataan itu sekali gus menafikan dakwaan kononnya keluarga tunangnya, Kei Komuro menghadapi masalah kewangan.

Cucu Maharaja Akihito yang berusia 26 tahun itu sepatutnya dijadual berkahwin dengan Komuro pada November tahun ini.

Pasangan itu mengumumkan kelewatan itu kerana kesuntukan masa untuk membuat persiapan yang mencukupi, kata Jiji Press.

Keputusan mereka itu turut menambil kira jadual padat keluarga diraja pada tahun depan termasuk turun takhta Maharaja Akihito yang dijangka dilaksanakan pada 30 April 2019.

“Saya mohon maaf disebabkan masalah ini dan beban kepada mereka yang membantu untuk majlis kami,” katanya.

Puteri Mako akan kehilangan status diraja sebaik sahaja mengahwini Komuro nanti. – MalaysiaGazette