Home Politik PH Selangor masih gagal muktamad kerusi DUN

PH Selangor masih gagal muktamad kerusi DUN

KUALA LUMPUR – Walaupun lima kali mengadakan Mesyuarat Khas untuk pengagihan kerusi Dun Selangor, namun Pakatan Harapan masih gagal mencapai kata sepakat.

Perkara tersebut diakui sendiri oleh Ketua Penerangan PPBM Selangor, Salehudin Amiruddin.

“Saya boleh anggap belum ada sebarang keputusan mesyuarat jawatankuasa kali ini kerana pertindihan kerusi antara PPBM dan PKR gagal diselesaikan.

“Perbincangan kali ini pula hanya melibatkan PPBM, PKR dan Amanah, bagaimanapun DAP tidak terlibat dalam pertindihan kerusi berkenaan,” katanya dipetik sebagai berkata.

Beliau memaklumkan hanya tiga kerusi yang dimenangi UMNO pada pilihan raya yang lalu kini berpotensi untuk bebas daripada pertindihan di antara PPBM dan PKR.

“Kerusi berkenaan adalah DUN Jeram, Sungai Air Tawar dan Dengkil. Bukan tidak bertindih sebaliknya kemungkinan PKR bersetuju untuk menarik diri daripada bertanding di kerusi tersebut,”tambahnya.

Dalam pada itu Setiausaha Pakatan Harapan Selangor merangkap Timbalan PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin berkata perbincangan hari ini berjaya
menyelesaikan satu lagi kerusi sekaligus menjadikan jumlanya terkini 36.

“Bagaimanapun saya tidak dapat dedahkan nama kerusi itu dan milik parti mana,” katanya tanpa memperincikan nama kawasan. -MalaysiaGazette