Sallehudin Amiruddin

SHAH ALAM – Kemelut pengagihan kerusi Pakatan Harapan di Selangor dilihat semakin ketara apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Selangor berkeras untuk bertanding di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu pada pilihan raya umum.

PKR sebelum ini turut menyatakan untuk bertanding di 12 kerusi berkenaan.

Ketua Penerangan PPBM Selangor, Sallehudin Amiruddin berkata hasrat PPBM untuk bertanding di kesemua DUN berkenaan adalah selaras dengan matlamat asal penubuhan parti yang mahu bersaing dengan UMNO pada pilihan raya umum ke-14.

“Kita tidak akan melepaskan walaupun satu kerusi dan tetap akan pertahankan (bertanding) 12 kerusi itu.

“Justeru, kita menyerahkan cadangan nak bertanding 12 kerusi UMNO ini kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor untuk membuat keputusan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat PH Selangor mengenai pengagihan kerusi DUN Selangor yang dipengerusikan oleh Pengarah Pilihan Raya PH Selangor, Dr. Xavier Jayakumar di sini semalam.- BERNAMA