PPBM bagai retak menanti belah.

SELAMA – Seramai 50 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Larut isytihar keluar parti dan menyertai UMNO.

Kumpulan itu yang diketuai bekas penaja dan Setiausaha PPBM Bahagian Larut, Shafie Mohd Khairy bertindak keluar parti itu kerana sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Shafie, sepanjang berada dalam PPBM, beliau menyedari perjuangannya lebih kepada kepentingan individu berbanding rakyat.

“Kita dapati di sebalik kepimpinan Pengerusi PPBM Perak, Ahmad Faizal Azumu adalah DAP. Pengaruh parti cauvinis itu kuat dalam PPBM negeri,” katanya yang dipetik dari sidang media beliau hari ini.

Pada majlis itu, semua 50 ahli PPBM menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Faizul Arby Mohd Shohor dengan disaksikan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Shafie berkata, mereka menyokong dan menyertai UMNO bukan kerana diberikan imbuhan, sebaliknya yakin hanya UMNO sahaja yang akan menjaga kepentingan orang Melayu di negara ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast