Polis akan menutup siastaan kes rasuah ke atas Michel Temer setelah gagal menemui sebarang bukti yangg mengaitkankan pemimpin itu menerima rasuah. - Reuters

BRASILIA – Siasatan suapan wang terhadap Presiden Brazil, Michel Temer berkaitan dengan lanjutan konsesi pelabuhan tahun lepas mendapati tidak disokong oleh bukti rasuah.

Polis Persekutuan Brazil berkata, pihaknya akan menutup kes siasatan ke atas Temer oleh kerana tiada asas tuduhan.

Ketua Pengarahnya Fernando Segovia berkata, polis tidak menemui sebarang bukti dikri yang ditandatangani tahun lepas oleh Temer memihak firma logistik Rodrimar SA yang menyediakan perkhidmatan di pelabuhan Port of Santos, sebuah pelabuhan kontena paling sibuk di Amerika Latin.

Dakwaan kes rasuah merupakan satu-satunya kes yang masih tertangguh ke atas Temer, yang mengelak sebutan di Mahkamah Persekutuan.

Sebelum ini, rakan sekutu Temer dalam Kongres melindungi beliau daripada dakwaa korupsi dan jenayah terancang.

“Kita dapati tiada sebarang perkataan menyebut bahawa wujud unsur pembayaran wang.

“Sehingga sekarang tiada sebarang bukti asas yang dijumpai untuk mengaitkan tuduhan rasuah ke atas Temer,” kata Segovia yang dilantik oleh Temer tahun lalu dalam satu temu bual di Ibu Pejabat Polis Brazil semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast