Home Dunia Ritz-Carton tempat tahanan mewah dibuka semula

Ritz-Carton tempat tahanan mewah dibuka semula

RIYADH – Hotel lima bintang Ritz-Carlton yang menjadi pusat tahanan beratus-ratus kerabat raja dan pegawai kanan kerajaan Arab Saudi yang disyaki terlibat dalam rasuah sejak November tahun lalu telah dibuka semula.

Kakitangan Ritz-Carlton memberitahu, hotel berkenaan sudah punmenerima tetamu.

Lebih daripada 200 kerabat raja dan ahli perniagaan ditahan di hotel itu dan beberapa hotel lain.

Kerabat-kerabat raja dan pegawai kerajaan terpaksa tidur di dewan hotel Ritz-Carlton semasa penahanan mereka pada November tahun lalu. foto Agensi

Hasil penahanan itu, lebih daripada AS$100 bilion telah diperoleh, kata pejabat pendakwa raya, susulan penyelesaian kewangan yang dipersetujui oleh tahanan.

Pejabat pendakwa raya berkata, setakat ini hanya 56 orang yang masih ditahan meskipun ada laporan menyebut tahanan-tahanan itu telah dipindahkan ke penjara. – MalaysiaGazette