KAHERAH – Mumia menjerit, itulah keunikan Muzium Mesir dalam pamerannya kepada tontonan umum.

Mumia berkenaan adalah seorang lelaki yang menemui ajal dalam keadaan ngeri yang dipercayai anak lelaki seorang firaun yang dijatuhkan hukuman mati kerana terbabit merancang pembunuhan bapanya.

Kementerian Antikuiti Mesir berkata, analisis DNA mengesahkan bahawa mumia itu adalah anak Ramses III yang memerintah antara tahun 1186 SM dan 1155 SM.

Menurut satu catatan purba yang ditemui di atas sekeping kulit papyrus, Pentawere, anak lelaki Ramses III itu bersubahat dengan ibunya, Tiye iaitu isteri kedua Ramses III untuk membunuh firaun berkenaan. – MalaysiaGazette