Home Dunia Pengawal penjara jadi tebusan

Pengawal penjara jadi tebusan

Penjara Milton Dias Moreira

SAO PAULO – Pengawal penjara dijadikan tebusan selepas satu rusuhan berlaku di sebuah penjara Milton Dias Moreira yang penuh sesak.

Unit elit SWAT bersama pasukan polis telah mengepung kawasan penjara itu sebaik sahaja menerima laporan menerusi emel tentang rusuhan yang berlaku pada petang Ahad.

Emel berkenaan bagaimanapun tidak menyata jumlah tebusan yang terlibat, kematian atau kecederaan akibat kejadian itu.

Terdapat lebih 2,000 banduan dalam penjara berkenaan, meskipun ia hanya mampu memuatkan 900 orang.

Insiden terbaru itu menunjukkan rusuhan ‘maut’ semakin meningkat di penjara-penjara di Brazil berikutan peningkatan keganasan dan di bawah kawalan kumpulan dadah yang kuat.

Terdahulu pada hari Ahad, pihak berkuasa Rio memberitahu mereka akan membuat perubahan untuk meningkatkan keselamatan penjara, walaupun butiran tidak didedahkan.

Perubahan ini merupakan sebahagian daripada campur tangan Kerajaan Persekutuan dalam sistem keselamatan Rio.

Jumaat lalu, Presiden Michel Temer mengarahkan tentera untuk menguasai pasukan polis Rio dan penjaranya, keputusan yang harus diluluskan oleh Kongres, yang dijangka dilakukan minggu ini. – MalaysiaGazette