Home Nasional PM ucap takziah keluarga Chow Chee Keong

PM ucap takziah keluarga Chow Chee Keong

Najib Razak

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Chow Chee Keong.

Bekas penjaga gawang kebangsaan itu meninggal dunia pada pukul 7 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

“Terima berita bekas penjaga gol kebangsaan Chow Chee Keong telah meninggal dunia. Mendiang merupakan penjaga gol terbaik Asia 5 tahun berturut-turut, dan legenda bola sepak Malaysia. Takziah kepada keluarga,” kata Datuk Seri Najib Razak. – MalaysiaGazette