Home Ekonomi Harga Brent susut, WTI naik

Harga Brent susut, WTI naik

TOKYO – Harga minyak berubah sedikit hampir mencecah dua minggu tertinggi awal hari ini, dipacu oleh kenyataan Arab Saudi yang akan terus mengekang eksport untuk mengurangkan lebihan bekalan.

Harga minyak mentah West Texas Intermediate Amerika Syarikat untuk penghantaran April naik AS$0.02 sen kepada AS$63.57 setong pada 2340 GMT, selepas naik 3 peratus minggu lalu.

Minyak Brent merosot AS$0.04 sen kepada AS$67.27, selepas naik hampir 4 peratus minggu lepas.

Arab Saudi berharap OPEC dan sekutu-sekutunya dapat melonggarkan penghasilan pengeluaran tahun depan dan mewujudkan rangka kerja tetap untuk menstabilkan pasaran minyak selepas perjanjian pemotongan penawaran berakhir pada tahun ini.

Pada Januari hingga Mac, pengeluaran minyak Arab Saudi berada di bawah paras pengeluaran, dengan eksport purata di bawah 7 juta tong sehari kata Menteri Minyak Arab Saudi, Khalid al-Falih.

Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pengeluar lain termasuk Rusia telah mengurangkan pengeluaran emas hitam itu untuk menyokong harga minyak.

Syarikat tenaga Amerika Syarikat pada minggu lalu menambah satu pelantar minyak, peningkatan kelima minggu berturut-turut, menjadikan kiraan jumlahnya sehingga 799, paras tertinggi sejak April 2015, kata firma perkhidmatan tenaga Baker Hughes pada hari Jumaat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast