Dr, Zulkifli Mohamad
Dr, Zulkifli Mohamad

KUALA LUMPUR – Gara-gara timbul kontroversi selepas melancarkan koleksi tudung baharunya di salah sebuah disko di ibu kota, selebriti Neelofa bakal menerima surat daripada seorang mufti.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
menerusi satu status di laman sosial Facebook memuat naik gambar beliau sedang menulis surat terbuka kepada pengacara dan usahawan itu.

“Menulis surat terbuka untuk Hajah Neelofa. Untuk muhasabah bersama,” tulis beliau di akaun Facebook rasminya hari ini.

Bagaimanapun, isi kandungan surat itu tidak diketahui dan difahamkan bakal dimuat naik di laman Facebook tersebut dalam masa terdekat.

Zulkifli sebelum ini terkenal dengan sifat terbuka dalam berdakwah apabila pernah mengadakan pertemuan dengan golongan penagih dadah dan trangender.

Malah dia pernah menjemput pelakon Iqran Dinzly berjumpanya berhubung isu kontroversi yang melanda sebelum ini. – MalaysiaGazette

Lokasi pelancaran tudung Neelofa dikecam