OUAGADOUGOU – Satu serangan dilancarkan ke atas kedutaan Perancis dan ibu pejabat tentera, dengan saksi dilaporkan mendengar tembakan, lelaki-lelaki merempuh sebuah bangunan dan letupan besar mengakibatkan asap tebal di udara.

Para saksi berkata, lelaki-lelaki bersenjata keluar daripada kereta dan mula melepaskan tembakan di ibu negara Burkina Faso, Ouagadougou pagi ini.

Datuk bandar berkata, insiden adalah serangan pengganas.

Kedutaan Perancis mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa ia, selain pusat kebudayaan dan ibu pejabat tentera, telah diseang.

Keduataan Perancis dalam posting Facebooknya berakata: “Kedutaan Perancis dan Fench Institute sedang diserang. Kekal bersembunyi di mana anda berada,”.

Seorang saksi berkata, satu letupan yang lebih kecil berlaku di ibu pejabat tentera selepas letupan yang besar, lelaki bersenjata memakai topeng yang bersenjata telah merempuh masuk bangunan itu dan pasukan keselamatan berkumpul di kawasan tersebut.

Gambar-gambar di lokasi menunjukkan tingkap pecah akibat letupan dan kereta ditutupi serpihan ketika asap memenuhi udara.

Polis berkata, unit keselamatan dikerahkan ke kawasan terbabit dan menggesa orang ramai menjauhkan diri daripada lokasi tersebut.

Keduataan Amerika Syarikat dalam akaun twitter berkata : “@Usembassyouaga telah menerima laporan tembakan dilepaskan di bandar Ouagadougou.

“Elakkan kawasan bandar Ouagadougou. Cari kawasan perlindungan yang selamat. Pantau lapotran media tempatan untuk maklumat terkini,”. – Agensi