Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas keretapi di Kahehrah, mesir yang mengorbankan 19 nyawa penumpang setakat ini.Foto: Xinhua

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dengan insiden kemalangan keretapi penumpang di Mesir yang mengobankan 19 nyawa manakala 51 orang mengalami kecederaan.

Dalam kejadian 28 Februari lalu, sebuah keretapi penumpang yang berlanggar dengan keretapi barang berhampiran stesen Kom Hamada di wilayah Beheira, 164 kilometerdari ibu kota Kaherah.

Bagaimanapun Wisma Putra meminta rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau maklumat lanjut supaya menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir menerusi talian +20237610013, +2012 00276388 atau emel [email protected].

Kementerian itu menerusi kenyataan turut merakamkan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa-mangsa yang terlibat. – MalaysiaGazette