Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bercakap pada sidang media selepas selesai Sesi Penggulungan Persidangan Parlimen Belia Malaysia Sidang 1 Tahun 2018 di Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 08 FEBRUARI 2018.

KUALA LUMPUR – Jemaah Menteri masih meneliti draf rang undang-undang berita palsu untuk menangani penyebaran berita palsu dalam media sosial.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, terdapat beberapa perkara yang sedang diperhalusi Kabinet sebelum tindakan lanjut dilakukan dalam pengubalan akta itu.

“Perkara pertama ialah dari segi penyebaran berita palsu itu sendiri.

“Keduanya, ialah untuk memastikan kita masih dapat memberi kebebasan bersuara supaya perkara ini dapat mengimbangi akta itu lebih telus dan adil,” katanya di lobi Parlimen selepas istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama penggal keenam Persidangan Dewan Rakyat ke-13 oleh baginda Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V hari ini.

Khairy Jamaluddin berkata demikian ketika mengulas titah Sultan Muhammad V, memperakui prestasi kerajaan yang dapat menangani pelbagai cabaran ekonomi global.

“Kerajaan semenjak lima tahun lepas telah mengiktiraf keadaan ekonomi kukuh, perancangan transformasi secara berterusan yang ditelah dilaksanakan kerajaan semasa.

“Saya melihat titah baginda lebih tertumpu kepada cabaran hari ini,” tegas beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast