Zizan Razak

PUTRAJAYA – Pelawak dan pelakon Zizan Razak menang dalam rayuannya bagi saman langgar kontrak dikemukakan terhadapnya oleh bekas pengurus peribadinya, ditolak.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, Datuk Suraya Othman dan Datuk Yeoh Wee Siam mengembalikan semula keputusan Mahkamah Sesyen menolak saman sivil dikemukakan Marina Juki terhadap Zizan.

Hakim Tengku Maimun yang mempengerusikan panel itu berkata Mahkamah Tinggi terkhilaf semasa mengubah penghakiman mahkamah sesyen.

Panel itu membenarkan rayuan Zizan yang nama sebenarnya Mohd Razizan Ab Razak untuk mengembalikan semula keputusan Mahkamah Sesyen pada 4 April, 2016 yang menolak saman Marina terhadapnya.

Zizan, 33, bagaimanapun tidak berjaya dalam rayuan keduanya hari ini untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi yang menolak tuntutan balasnya terhadap Marina.- BERNAMA