Chung Eui Yong berjabat tangan dengan Kim Jong-un dalam pertemuan di Korea Utara. foto Agensi

SEOUL – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang bertemu buat kali pertama dengan pegawai Kerajaan Korea Selatan bersungguh-sunggu mahu penyatuan hubungan antara Korea.

Delegasi Korea Selatan 10 anggota yang diketuai oleh Ketua Pejabat Keselamatan Negara, Chung Eui Yong melawat Pyongyang dengan harapan dapat membawa rundingan kepada Korea Utara dan Amerika Syarikat.

Ketegangan antara Washington dan Pyongyang disebabkan program nuklear dan peluru berpandu Korea Utara dan sekatan perdagangan serta ancaman perang oleh Presiden Donald Trump dan Kim Jong Un mengutuk perdagangan dan mengancam perang.

Bagaimanapun, ketegangan antara dua Korea semakin reda ketika penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk yang berlangsung di Korea Selatan, yang mana Presiden Moon Jae In menganjurkan pertemuan peringkat tertinggi dengan delegasi Korea Utara.

Sebagai balasan, Jong-un menjemput Moon pada persidangan Korea Utara, yang disifatkan oleh Seoul sebagai kerjasama kedua belah pihak.

“Mendengar hasrat Presiden Moon Jae In untuk hadir pada sidang kemuncak dari utusan khas pasukan Korea Selatan, (Kim Jong Un) bertukar pandangan dan membuat persetujuan memuaskan,” lapor agensi berita Korea Utara mengenai pertemuan itu.

Bagaimanapun agensi berita itu tidak memberi butiran tentang perjanjian tersebut tetapi seorang pegawai dari Blue House Presiden di Seoul mengatakan ia sebahagiannya menangani tawaran sidang kemuncak yang dibuat oleh Korea Utara.

Korea Utara telah membangunkan peluru berpandu nuklear yang mampu mencapai Amerika Syarikat tetapi Pyongyang dan Washington, kedua-duanya mahukan penyelesaian diplomatik.

Pejabat Blue House tidak dapat mengesahkan sama ada Jong-un berada pada mesyuarat hari ini sebelum delegasi Seoul mengakhiri lawatan mereka.

Chung berkata di Blue House belum berlepas ke Korea Utara pada Isnin lalu bahawa delegasinya akan membawa harapan Presiden Moon mengenai penamatan senjata nuklear di Semenanjung Korea dan keamanan kekal.

KCNA berkata, Jong-un memerintah ‘tindakan praktikal’ berhubung kandungan surat yang diterima daripada Moon melalui delegasi Korea Selatan.

Beliau juga melakukan pertukaran pandangan mendalam tentang isu-isu untuk mengurangkan ketegangan ketenteraan akut di Semenanjung Korea dan mengaktifkan dialog, hubungan, kerjasama dan pertukaran neutral,” kata laporan itu.

Kedua-dua Korea Utara dan Amerika Syarikat telah terbuka untuk berbincang, tetapi kedudukan Amerika Syarikat yang mahu dialog berkait dengan pengharaman nuklear telah ditolak Pyongyang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast