SINGAPURA – Harga minyak dunia susut dalam dagangan hari ini dipacu oleh pasaran saham yang lemah.

Prestasi semasa itu disumbangkan oleh peletakan jawatan penasihat ekonomi Donald Trump dan Washington dikhuatiri akan meneruskan tarif import dan risiko kepada perang perdagangan.

Gary Cohn dilihat sebagai benteng untuk menghalang golongan pelindung ekonomi Amerika Syarikat.

Peletakan jawatan Cohn bermakna beliau sudah ‘habis bertarung’ dalam menentang rancangan Trump untuk melaksanakan tarif keluli dan aluminiun.

Niaga hadapan Brent didagangkan pada AS$65.37 setong, susut AS$0.42 berbanding harga penutup manakala West Texas Intermediate pula AS$62.16 setong, jatuh AS$0.44.

“Faktor kenaikan disebabkan peletakan jawatan Cohn…akan menyaksikan harga minyak rendah pada sesi hari ini,” kata Stephen Innes, Ketua Dagangan OANDA di Singapura.

Kuasa-kuasa utama, termasuk Kesatuan Eropah dan China telah memberi amaran pelaksanaan tarif sedemikian boleh membawa kepada tindakan balas dan mencetuskan perang perdagangan global, menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan selanjutnya dalam penggunaan minyak.

Peniaga berkata, harga minyak juga dipengaruhi oleh peningkatan yang dilaporkan dalam inventori minyak mentah Amerika Syarikat.

Inventori mentah meningkat sebanyak 5.661 juta tong dalam minggu ini kepada 426.880 juta tong, menurut data Institut Petroleum Amerika Syarikat.

Data rasmi oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) akan diterbitkan kemudian pada hari Rabu.

Untuk tahun depan, EIA mengunjurkan pengeluaran mentah naik sebanyak 570,000 tong kepada 11.27 juta tong. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast