Home Ekonomi Sime Darby tawar unit tambahan Lot 15

Sime Darby tawar unit tambahan Lot 15

Rekaan dalaman Lot 15

KUALA LUMPUR – Sime Darby Property menawarkan unit-unit tambahan bagi Lot 15, pembangunan hartanah yang dilancarkan November tahun lalu .

Lot 15  merupakan apartmen servis dengan dua menara kediaman 20 tingkat dengan 361 unit kediaman dan tiga tingkat unit komersial.

Pembangunan ini menawarkan pemilikan bebas dan disasarkan untuk memenuhi keperluan pembeli rumah pertama dan golongan profesional muda serta para pelabur.

Unit-unit baru kini ditawarkan untuk jualan, dengan harga bermula daripada RM593,888 (sebelum diskaun Bumiputera dan rebat) dengan keluasan daripada 624 – 1,001 kaki persegi dan jenis unit terdiri daripada 1+1 ke 2+1 bilik tidur.

Sime Darby Property berkata, pakej jualan termasuk yuran guaman bagi perjanjian jual-beli (SPA), yuran guaman pinjaman dan kos penyelenggaraan selama 12 bulan.

Lot 15 juga mudah diakses melalui lebuh-lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Shah Alam (KESAS).

Apartmen ini turut menawarkan kemudahan termasuk pavilion terapung, kolam renang, jakuzi, dewan pelbagai guna dan geladak, gimnasium, bilik sauna, kawasan BBQ dan banyak lagi.

Setiap menara menawarkan 3 taman langit dan taman herba di aras bumbung dengan pemandangan yang menakjubkan di aras ke-30, sesuai untuk bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan.

Rekaan teliti menjadi keutamaan, dengan setiap bilik menghadap ke luar bagi memberikan pemandangan yang terbaik dan dimaksimumkan oleh tingkap berkeluasan besar.

Apartmen servis Lot 15 yang dibangunkan oleh Sime Darby Property

Penggunaan konkrit bertetulang (RC) di sepanjang tingkap memberikan perlindungan daripada matahari terik. Ruang tamu dan ruang makan terletak secara bersebelahan membolehkan pemanfaatan ruang yang fleksibel, dengan pencahayaan dan pengudaraan semulajadi.

Unit terpilih yang dilengkapi dengan tingkap-tingkap unjur dapat menikmati pemandangan yang terbaik dan memberikan rasa keluasan.

Orang ramai yang berminat boleh menyertai ‘47500 PARTY’ sempena pelancaran unit-unit terakhir Lot 15 pada 10 Mac 2018 di Galeri SJCC, Wisma Consplant 2 Subang Jaya. – MalaysiaGazette