MUAR, 10 Mac -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berucap di hadapan para Pemuda dan Puteri Barisan Nasional (BN) pada majlis perasmian Perhimpunan Jentera Pemuda dan Puteri BN Peringkat Kebangsaan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKBN) Pagoh hari ini.?Turut hadir, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Menteri Belia dan Sukan merangkap Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.?--fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

MUAR – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan janji-janji parti pembangkang sekadarr ‘madu beracun’ kerana gagal menunaikan janji kepada rakyat termasuk menyelesaikan krisis air di Selangor.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata janji kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menyelesaikan segala permasalahan rakyat bukan dengan janji palsu tetapi telah terbukti dengan pelbagai pelaksanaan projek untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

“Jangan lihat hanya pada janji-janji (pembangkang), tuan-tuan. Sebab janji boleh jadi madu beracun. Kita tengok janji Kerajaan Selangor, hari ini apa isu terbesar di Selangor.”

“Sekarang ini, dua juta penduduk di Selangor dalam keadaan di mana mereka menghadapi kesukaran, air putus, tekanan rendah dan kualiti air yang buruk.”

“Sedangkan kerajaan BN sudah melaksanakan pelbagai kemudahan termasuk melaksanakan Aliran Transit Massa (MRT), menyediakan perumahan yang murah dan mampu milik berbanding kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yang kebanyakan menyediakan rumah mahal,” kata beliau ketika berucap merasmikan Himpunan Jentera Pemuda dan Puteri BN, di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara di Pagoh, hari ini.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast