Beberapa petugas media menunggu pengumuman Manifesto Pas Peringkat Nasional di Ibu Pejabat PAS, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 12 MAC 2018.

KUALA LUMPUR – Seiring dengan Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) yang semakin hampir, Pas hari ini akan melancarkan manifesto di peringkat nasional di ibu pejabatnya.

Bagaimanapun, pelancaran manifesto itu ditunda ke jam 1.30 petang atas alasan ia akan dilancarkan selepas mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pas Pusat  di tingkat 5 bangunan Pas di Jalan Raja Laut.

“Makluman. Sidang media akan dianjakkan ke pukul 1.30pm. Mohon maaf banyak, kesulitan amat dikesali.

“Datuk Seri Presiden Pas (Abdul Hadi Awang) akan lead (ketuai) siang media nanti, insyaAllah,” kata pihak pengurusan Pas.

Media yang terdiri daripada arus perdana, dalam talian mula membanjiri ibu pejabat parti itu sejak jam 10 pagi tadi bagi membuat liputan tentang pelancaran parti itu dalam menghadapi PRU14.

Kira-kira 50 pengamal media daripada pelbagai agensi mula berhimpun di perkarangan ibu pejabat Pas.

“Meeting (mesyuarat AJK Pas Pusat)  pada asalnya jam 10 pagi…tiba-tiba depa (pimpinan Pas) anjak meeting ke pkl 11.30. Itulah sebabnye. Maaf lagi sekali ya,” katanya.

Manifesto Pas dan Gagasan  Sejahtera akan dilancarkan Abdul Hadi di ibu pejabat parti itu.

Ia bagi mendepani BN dan PH pada PRU-14 akan datang setelah tidak menyertai gabungan pembangkang dan bergerak sendiri dengan menubuhkan Gagasan Sejahtera. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast