Mahfuz Omar

KUALA LUMPUR – Bekas naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dijangka mendedahkan pendirian politiknya hari ini selepas bertindak keluar daripada parti itu penghujung tahun lalu.

Mahfuz yang menyertai Pakatan Harapan (PH) dijangka menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi membolehkan beliau bertanding di kerusi Parlimen Pokok Sena.

Kerusi itu ditandingi Mahfuz pada PRU-13 lalu ketika mewakili Pas.

“Pokok Sena adalah kerusi PPBM, jadi Mahfuz mungkin akan sertai parti itu untuk bertanding pada PRU14 akan datang,” kata sumber kepada Malaysia Gazette.

Dalam satu kenyataan, Mahfuz menjemput para wartawan untuk menghadiri satu sidang media bagi mendedahkan perkara itu di Parlimen hari ini .

“Dengan sukacitanya, saya menjemput para wartawan untuk untuk menghadiri Majlis Jamuan Tengahari dan penyataan menjelang 45 hari janji saya,” katanya dalam satu kenyataan

Mahfuz pada awal Februari lalu berkata akan memaklumkan pendirian politiknya dalam masa 45 hari.

Tujuan beliau berbuat demikan setelah sering diajukan soalan mengenai pendirian sebenar beliau selepas meninggalkan Pas, penghujung Disember tahun lalu.

Mahfuz pada 31 Disember tahun lalu mengumuman keluar daripada Pas selepas 34 tahun menyertai parti tersbeut.

Bagaimanapun beliau tidak pula mengumumkan untuk menyertai mana-mana parti politik.

Sedangkan ramai yang percayai beliau akan bersama Parti Amanah Negara (PAN) kerana semakin mesra parti itu. -MalaysiaGazette.