LIVERPOOL – Mohamed Salah menjaringkan empat gol bagi membantu Liverpool kembali ke tangga ketiga liga selepas pasukan itu menewaskan Watford 5-0 semalam.
Salah hanya memerlukan tiga minit untuk mencatatkan nama sebagai penjaring gol apabila dengan mudah menewaskan pemain pertahanan, Miguel Britos pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang didakan di Anfield.
Kelesuan pemain pertahanan Watford itu membolehkan Salah melepasi beliau sebelum melakukan sepakan leret untuk gol pertama.
Umpanan cantik sebelah kiri kepada Salah seminit sebelum rehat membolehkan Liverpool mendahului 2-0.
Malah Salah bukan hanya menjaringkan gol dalam perlawanan itu, malah beliau turut memperdayakan Britos sekali lagi membantu Roberto Firmino menguis bola untuk gol ketiga Liverpool empat minit selepas permainan disambung semula.
Salah terus memperdayakan pertahanan Watford selepas itu apabila melakukan sebelum menewaskan pengaja gol Watford, Orestis Karnezis dalam keadaan kelam kabut di kawasan pelati untuk mencatatkan hatrick dan gol keempat Liverpool pada minit ke-77.
Jika tidak kerana ketangkasan Karnezis, pemain simpanan, Danny Ing turut tersenarai sebagai penjaring gol.
Namun kecemerlangan talah terus menghantui penjaga gol Watford apabila pemain itu merembat kencang dengan kaki kiri untuk gol kelima Liverpool lima minit sebelum perlawanan berakhir. – Agensi