Home Ekonomi G20 risau dengan dasar Trump

G20 risau dengan dasar Trump

Donald Trump
Donald Trump

BUENOS AIRES- Menteri- menteri kewangan dan gabenor-gabenor bank negara G20 merayu bagi sebuah perdagangan bebas berikutan bimbang pelaksanaan tarif besi Amerika Syarikat serta sekatan perdagangan ke atas China.

Bagaimanapun menurut pegawai-pegawai pentadbiran Trump, mereka tidak akan mengorbankan kepentingan negara tersebut.

Mesyuarat menteri-menteri kewangan dan gabenor bank pusat 20 negara terbesar dunia di Buenos Aires bertujuan untuk membincangkan mengenai tinjauan masa hadapan ekonomi yang lebih cerah, matawang kripto seperti bitcoin serta pengelakkan cukai korporat.

Namun begitu, perbincangan mengenai perdagangan mendominasi agenda mesyuarat tersebut selepas Presiden Donald Trump pada 8 Mac mengumumkan tarif global sebanyak 25 peratus ke atas besi waja dan 10 peratus aluminium.

Pada Jumaat ini, Trump dijangka mengumumkan tarif baharu ke atas teknologi dan barangan pengguna China yang bernilai AS$60 bilion setahun, sebagai hukuman kepada republik itu yang cuba mengambil alih hak harta intelek Amerika Syarikat, kata sumber kepada reuters.

Pegawai-pegawai G20 risau mengenai kemungkinan berlakunya perang perdagangan yang bakal menjejaskan pertumbuhan ekonomi dunia.- MalaysiaGazette