Syed Rosli (kanan) bersama Razali (tengah) selepas membuat laporan polis di IPD Seremban 2 hari ini.

SEREMBAN – Nampaknya bukan sahaja parti pembangkang membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan.

Pagi tadi seorang ahli UMNO, Syed Rosli Jamalullail juga telah membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Mohamad Hasan ekoran kenyataannya yang tular baru-baru ini.

Ketua Penerangan UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka di Pandan, Selangor itu berpendapat, sebagai pemimpin dan wakil rakyat, Mohamad tidak wajar membuat kenyataan berbentuk provokasi menjelang pilihan raya umum.

“Walaupun saya ahli UMNO, saya tidak setuju (kenyataan Mohamad) ajak guna cara kekerasan. Ia bukan budaya UMNO dan cukup berbahaya,” katanya selepas membuat laporan polis di sini hari ini.

Laporan polis dibuat bersama Presiden Pertubuhan Gerakan Mertabat Pejuang Negara Malaysia, Mejar (B) Razali Zakaria  dan Gabungan NGO  Sahabat di Ibupejabat Polis Seremban 2.

Dalam pada itu, Syed Rosli juga kesal kerana Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang hadir ketika itu turut menepuk tangan mendengar ceramah Mohamad.

“KJ tidak sepatutnya menyokong kenyataan seperti itu kerana beliau juga seorang menteri dan pemimpin Pemuda UMNO,” katanya lagi.

Justeru, beliau mahu polis membuka kertas siasatan.

Sebelum itu, Mohamad dikatakan berkata; “Kalau kedai kopi menjadi sarang pembangkang, kita terbalikkan meja mereka. Kalau polis tahan, saya jamin!”

Bagaimanapun Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau itu dalam reaksinya mendakwa pihak tertentu salah mentafsir apa yang diucapkannya.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Alarhhh puak pembangang pakatan harapan nie dh mcm² ugutan dorang buat, kita org relax jer…dulu MB Jamban si Jemin siap igut nk nuntuhkan tembok penjara lau anwar peliwat dipenjarakan itu lg ganas youuuu

Comments are closed.